Kehidupan awal Scha_Al-Yahya

Beliau dilahirkan pada 30 Mei 1983 di Sungai Petani, Kedah dan merupakan anak kedua daripada empat beradik.[1] Beliau berdarah kacukan Melayu, Cina dan Hadharami.[1] Scha merupakan anak saudara kepada pasangan penyanyi Syed Sobrie dan Datin Sheril Aida. Beliau juga merupakan anak saudara pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Usop Wilcha. Scha memiliki Diploma Teknologi Maklumat di Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL), Shah Alam. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pramugari syarikat penerbangan komersial AirAsia selama setahun (2006-2007). Selepas tamat perkhidmatan selama setahun, beliau melibatkan diri di dalam dunia peragaan, iklan TV dan lakonan.[2][3]

Rujukan

WikiPedia: Scha_Al-Yahya http://www.asiaone.com/News/Latest+News/Showbiz/St... http://www.budiey.com/drama-lemas-dalam-cinta-lako... http://www.budiey.com/filem-aku-bukan-tomboy-selon... http://www.budiey.com/sekitar-pelancaran-drama-onl... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.imdb.com/name/nm4362081/ http://www.karangkraf.com/cmlink/media-hiburan/tre... http://peraktoday.com/wp/?p=28899 http://www.perekacerita.com/2013/08/sweet-lola-tv9... http://m.themalaymailonline.com/showbiz/article/al...